Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts



Pengalaman pertama kacau dodol memang membuat aku serik. Tak cukup tenaga kerja, 4 orang lelaki + mummy dengan kakak yang tolong sekali sekala. Bila dah jadi liat, memang menguji kesabaran betul tambahan pula masa ni la masing-masing menghilangkan diri. Dodol ni memang dikacau non-stop sampai satu senduk patah.


Baru 2 jam masih cair lagi. Jumlah masa untuk siap 5 jam.



Gambar cili padi di bawah ni untuk buat Masak Tahun(masakan Jawa).





Ini hasil cili kat atas tu. Sebenarnya ada penambahan cili padi yang ditumbuk sebab masakan tu kurang pedas.  Sedap masakan ni, rasa pedas + lemak. Aku makan sekali dengan cili tapi bagi yang perut selalu memulas kalau makan cili boleh ambil lauknya saja, perut lembu. Rasanya orang jawa sebut babat kalau tak silap untuk perut lembu.





Gambar di bawah ni biskut dengan kek raya. Ada yang kakak dengan adik buat sendiri dan ada yang beli. Kek lapis coklat cheese dengan kek belacan Sarawak tu kakak yang buat, kek 3 warna dengan semprit panjang tu adik yang buat. Almond London tu kakak yang buat adunan, adik tolong siapkan. Aku tengok saja sebab tak reti.





Tiket bas 10.15am tapi bas bertolak pukul 11.00am sebab tunggu nak bagi penuh semua tempat duduk. Asalnya beli tiket bas Pacific tapi dapat bas tambahan, TMJ. Perjalanan kali ni kira-kira 9 jam dari Sg Petani ke Puduraya, KL. Kira-kira 50 minit bas berhenti di R&R Bkt Gantang. Asalnya nak berhenti 15 minit ja tapi ada sorang sister ni ngn adk dia lambat teramat. Semua penumpang dengan pemandu terpaksa menunggu dua orang tu. Aku siap boleh pi toilet yg kena queue panjang, solat dan beli air lagi dalam tempoh 15 minit tu. Disebabkan jalanraya sesak, aku dengar lagu kalau tak terlelap. Sakit badan tu memang la kalau naik bas lama-lama. Kali kedua bas berhenti di R&R Rawang nk maghrib dah. Bas ni berhenti depan bangunan Tabung Haji sebab bas tambahan tak boleh masuk Puduraya. Mencari-cari juga jalan nak pi Plaza Rakyat sebab pertama kali turun depan Tabung Haji. Jumpa juga Plaza Rakyat tapi orang tak ramai macam selalu. Mula-mula ingat nak makan di Subway tapi ingat baik balik rumah dulu sebab aku sorang yang balik awal daripada ahli keluarga yang lain, takda siapa boleh jemput aku nanti. Naik LRT sampai ke Stesen Cempaka sebab kat situ ada teksi. Biasanya berhenti kat Stesen Pandan Indah sebab kakak boleh datang jemput kat situ. Mula-mula aku cakap kat pemandu teksi nak pi Jalan Kuari lepas tu baru bagitau nak pi Glenview Villa sebab aku pun tak sure Jalan Kuari tu sampai mana. Alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 9.00pm dengan perut yang kelaparan. 


Apa tu pijar? Pijar ialah rasa pedih kepanasan selepas pegang cili. Sebelum ni memang takda masalah ni tapi bila dah besar pula nak jadi. Setiap kali selepas pegang cili memang jari aku akan pedih. Biasanya ambil masa beberapa jam nak pulih. Ingat cili padi saja, aku pegang cili yang warna merah pun jadi juga. Dah la aku fans cili padi, tak boleh potong cili dah lepas ni. 
Aku tulis post ni pun selepas terkena lagi pijar masa tolong kakak potong cili merah. Pijar cili merah kurang pedih dari cili padi.

Petua dari ibu bapa:
Rendam jari dalam air asam jawa. Rasa agak selesa sebab sejuk ja bila rendam jari, tapi nanti air asam jawa tu rasa macam panas. Tapi cara ni tak berkesan untuk aku.

Petua dari google:
Rendam jari dalam air garam. Alhamdulillah, memang hilang.

About